It's been two years already...we are apart..but my love for you grows stronger...
A love letter for you :
abah tercinta,
16.6.2012 --> 2 tahun abah meninggalkan kami, 2 tahun juga kak long dah jadi student U.. dah nak abeh sem 4 dah pun.. sem yang mencabar utk kak long.. mudah rasa down dan give up especially in studies matter..
bila rasa susah, saat tu la sangat2 rindukan abah.. if you are here beside me, i know you can inspire me back just with your words.. rindu, nak dengar abah bagi nasihat, dengan muka garang, nada serius, kata-kata yang penuh metaphor, simile dan macam- macam lagi la...then, kak long akan protes dalam hati..marah diam-diam kat abah, kononnya abah xmemahami apa yang kak long lalui...tapi, esoknya kak long akan ikut juga apa yang abah cakap tu.. anak abah yang sangat degil, tapi manja sangat..huuu
sensitif sangat...but you can handle me in your own way.. I LOVE YOU, ABAH...
sekarang tengah final exam utk semester 4..waktu exam adalah waktu sinonim kak long akan ada waktu privasi dengan abah..masa nak UPSR, kak long nangis depan abah kat kedai MIKAMAL tu, sebab xminat science, takowt xboleh dapat 5A, kak long kan kena bagi contoh dekat adik2...berat sangat rasa masa tu..waktu PMR, abah selalu mai asrama, bagi moral support, siap bagi hp abah lagi buat motivasi, bila SPM kak long sangat mengecewakan abah, tapi abah cakap okay, xpa, tu ja kemampuan k long.. tpi kdg2 kata2 abah tu nampak abah sgt kecewa dengan k long.. MAAFKAN KAK LONG, ABAH.. ;(
abah yang suruh kak long ambik STPM, masukkan k long kat Syed Omar..walaupun mulanya kak long berat hati, tapi kak long xbangkang keputusan abah, xmau abah kecewa dengan kak long lagi.. Alhamdulillah, rezeki kak long ada di situ..walaupun xberjaya jadi best student negeri, xmasuk paper, tapi kak long nampak abah sangat happy dapat jadi best student sekolah..abah buat ucapan untuk kak long, masa kak long kena berucap kat perhimpunan sekolah, sebab abah bangga sangat kan..abah bagitau semua kwn2 abah byk2 kali, kak long tau tujuan abah bukan nak riak, tapi sebab abah sangat happy, ni la pencapaian terbaik kak long sepanjang jadi anak abah kan.. terima kasih abah, sebab banyak bersusah payah masa kak long STPM dulu, hantar pi sekolah, xkira hari sekolah ataupun hujung minggu, selalu doakan kak long siang dan malam dan yang paling menyentuh kak long abah sayang sangat kawan2 kak long..selalu nak buat kenduri kat depa, doakan kami sama2 berjaya..kak long xdapat nak kongsi masa2 kak long hadapi final exam kat U dengan abah..walau apapun kwn2 kak long kat U ni semua baik2, membantu kak long, buat kak long rasa macam keluarga..
2 tahun dah berlalu...rindu saat-saat teman abah kat hospital..kenangan yang selalu menjadi ingatan kak long masa satu tengah hari tu, kak long tidur sebelah abah kat katil..pastu, perasaan abah bergerak dan terjaga,kak long pun angkat kepala, nak alih tempat tidur.. pastu abah cakap, xpala, tidur ja la kat sebelah abah..mula2 ingat nak baring2 macam tu ja, tpi bila abah dah bagi permission, lenan nyeynyak sungguh..terharu sangat..kak long ingat abah nak marah kak long..kak long memang nak manja2 dengan abah pun,THANX A LOT for that moment..hari-hari seterusnya, kita selalu sembang-sembang benda2 yang kita jarang / xpenah buat langsung kot..cakap pasal burung yang hinggap kat atas bumbung, buat bunyi burung ikut bunyi yang kita suka...tapi abah mesti akan selit pesanan kat kak long..tengok adik2, ibu..ceriakan adik2..
kak long sedih sangat bila tengok abah sedih, kecewa kak long xdapat penuhi impian abah masuk UPSI macam ibu, jadi cikgu..abah nak sangat k long jadi cikgu..impian kak long cuma nak bahagiakan abah dan ibu ja..tapi abah masih mampu suruh k long redha, yakin pada rezeki lain walaupun abah sedih sangat..bila kak long dapat tawaran USM, abah cakap, terima la, nanti boleh balik selalu tengok abah,dekat dengan ibu dan adik2..sayu sangat.. walaupun abah sakit, abah masih jadi pembuat keputusan untuk kak long.. TERIMA KASIH, ABAH..
Abah,
Dalam masa 2 tahun ni, banyak benda dah terjadi dan menguatkan kami..abah jangan risau, adik2 lagi kuat daripada kak long..semua tengah struggle dalam study masing2..kak ngah akan ambik SPM tahun ni..dia memang rajin berbanding kak long dengan adik, macam biasa..Insyaallah, ada rezeki dia akan tunaikan impian abah untuk jadi Dr.Aida..adik yang dulu malas + susah sangat nak pi mengaji, sekarang dah masuk aliran Arab..walaupun dia kurang cemerlang dalam UPSR, (macam mana yang abah sll ckp abah risau kat dia), tapi dia dah berubah sekarang.. result dia sangat membanggakan kat Sultanah Bahiyah, masuk kadet polis lagi..
Lastly, you are the best father in my life forever and ever
**semoga abah tenang di sana..kak long dan adik2 sentiasa mendoakan abah tanpa jemu..kami menyayangi, mencintai, merindui abah sehingga hujung nyawa... selamat hari abah, abah**
love you always,
Jian, I cried buckets.
ReplyDeleteTabahnya Jian :'(
Najian bersabarlah dengan apa yang berlaku. Allah lebih sayangkan abah. Jangan lupa yang mak cik masih hidup. mak cik teramat sayangkan Najian seperti anak sendiri. Selagi mak cik ada mak cik akan menjaga dan menyayangi Najian. Lagipun Najian akan jadi menantu mak cik juga kan. Semoga jodoh Najian dengan Anas akan kekal bahagia hingga hujung nyawa.
ReplyDeletefyza : xtabah jgk.. selalu nangis ja..
ReplyDeletemcik : thanx for your love mcik..doakan jodoh najian dan anas berkekalan..semoga anas dapat jdi pengganti abah utk najian..menyayangi najian smpai bila2..